Tuesday, 17 January 2012

KISAH SEORANG BUDAK

Tadi malam macam biasa la ,,aku keluar pergi makan dengan kawan-kawan..Bukan nak cerita apa aku makan,or apa aku minum k..

Masa aku makan tu,datang sorang budak kecik kat meja kiteorang..Aku pun tak pasti berapa umur dia,tapi aku yakin sangat budak tu masih bersekolah..Dengan beg lagi besar dari badan dia,,dalam hati aku cuma tertanya "dah kenapa lak dengan budak ni??"..Pastu budak tu pun keluarkan satu bekas penuh dengan kerepek,budak tu pun pelawa member aku rase kerepek..Dia cakap kat member aku,"kalau abang suka abang boleh beli bang"..Baru aku tahu yang budak tu jual kerepek..Sebak juga rasa masa tu,ye la kan tengok budak yang masih muda dari aku dah buat macam tu untuk cari duit..Yang aku ni,asyik mintak duit dari mak aku je..

Masa dia berbual dengan member aku tu,siap boleh bergurau,ceria je aku tengok budak tu..Lepas member aku dah beli kerepek dia,dia pun bla dari table kiteorang..Masa tu la aku ternampak dia dengan muka keletihan,,seperti ada seribu satu masalah..Apa yang sedang budak tu alami aku pun tak tahu..

SEKADAR GAMBAR HIASAN


Apa-apa pun aku salut budak kecik tu,,kecik-kecik lagi dah pandai berusaha untuk mengubah nasib hidup dia..Bukan macam budak-budak yang ada sekarang ni,Mak bapak hantar pergi sekolah..Siap bagi duit lagi,itu pun ada yang tak nak..Ok,aku pun dulu macam tu juga..

Kepada budak kecik tu,kau jangan putus asa dengan apa yang kau lakukan..Setiap orang yang berusaha dan tidak kenal akan erti putus asa,pasti akan berjaya..

#REZEKI ADA DI MANA-MANA,YANG PENTING USAHA.



TRIMAS =)

Monday, 2 January 2012

MATEMATIK & KEHIDUPAN


Kadang-kadang kita fikir 1+1 tu senang,
tapi ada lagi senang macam kira 1 hingga 10..

Kadang-kadang kita fikir cos x - cos y = -2 sin( (x - y)/2 ) sin( (x + y)/2 )
itu susah,dan ada lagi susah.
Bila kita dah belajar dan memahami ,baru la kita paham tiada soalan yang susah dan tidak boleh dijawab..


Begitu jugak dengan kehidupan,
kekadang kita berfikir hidup kita sangat susah..
Hingga lupa ada yang lagi susah dari kita..


Fahami la apa yang anda sedang alami kerna
Tiada masalah yang tidak boleh di selesaikan..
Berusaha la untuk berubah,jangan tunggu untuk di ubah.


#BERSYUKUR LA DENGAN APA ADANYA KITA











TRIMAS =)