Monday, 30 December 2013

Dua Kosong Satu Tiga

Dua kosong satu tiga,
banyak perkara berlaku.
Jika aku tulis, aku buku,
Mungkin laku.
Itu kalau ada mahu tahu,
cerita tentang aku.

Dua kosong satu tiga.
Bulan satu bermula.
Hidup seperti biasa.
Tidak terlalu ceria,
tidak terlalu kecewa.
Biasa biasa saja.

Dua kosong satu tiga.
Pejam celik, bulan empat.
Aku masih kejar
apa aku belum dapat.
Pejam celik mata,
sudah bulan lima.
Tak boleh buang masa.

Dua kosong satu tiga.
Masih dibulan lima.
Aku kenal dia.
Hati macam nak terbuka.
Tapi berjanji, kawan saja.
Bulan enam.
Makin banyak dipendam.
Teruskan berdiam.

Dua kosong satu tiga,
Bulan Sebelas.
Tamat pengajian diploma aku.
Bermula satu hidup baru.
Bulan dua belas.
Seakan cinta berbalas.
Tapi hubungan masih terbatas.

Esok, muka surat akhir.
biasa hujung cerita, gembira.
Harap Dua Kosong Satu Tiga
aku sama. Gembira.

                                       

Thursday, 26 December 2013

Orang Atasan

Diam; dipijak.

Bising; Menjawab. Kurang ajar.

Jadi, apa cara nak hidup atas dunia.
Dan buat mereka mereka selesa.
Hidup seperti dewa sampai lupa mereka manusia biasa.

Dan aku tertanya,
---Dewa????

Monday, 23 December 2013

Teruna Dara // Jejaka Dara

Cerita cinta teruna dara.
Masa berkasih; gembira.
ini dunia, mereka punya.
Agaknya.

Bila berpisah,
Teruna cari Dara baru.
Tinggal si Dara di situ.
Tetap menunggu.

Bukan saja menunggu,
Dibasahi pula tuala, tisu.
Lagi gila bila tahu
Si teruna dah bahgia sama Dara baru.

Sudah basah semua tuala,
Airmata tetap ada.
Muncul pula si Jejaka.
Datang mengelap airmata.

Airmata berhenti,
Dara di bawa pergi.
Jejaka tunjuk hal dunia
dimana ada sebelah yang gembira.

And then, Seperti dongeng dongeng
yang ada, Jejaka dan dara Happy ever after..

Ending cliche. Macam sial. Tapi itu lah yang orang nak. Mana nak ending sedih2.

Sunday, 22 December 2013

Teruskan Berjuang

Ya, aku tahu.
Telah ramai tumbang.
Aku tak goyang.
Aku tetap mahu berjuang.

Biar tiada senapang.
Biar tiada pedang.
Aku tetap mahu berjuang.

Biar puisi jadi senjata,
pertahan hak kita.

Mari, mari semua!!!
Kita berjuang bersama.

Friday, 11 October 2013

Peter & Tinker

©Hak Cipta Terpelihara :  Shasha.
 


Dua sahabat bukan di alam nyata.
Hanya di alam maya,ciptaan dunia.
Mereka tak pernah bersemuka. Tapi menjaga sesama.

Ini kisah mereka berdua. Mari sini aku mahu cerita.
Tinker meluahkan rasa, Peter jadi pendengar setia.
begitu juga sebaliknya. Jemu? tak pernah ada.

Tinker ada sakitnya.
Peter pula, ada luka lama.

Ubat apa nak diberi, Peter tak pasti.
Hanya cuba buat tinker berseri.

Luka lama terbuka, Tinker muncul ceria.
Tak biarkan Peter, terlalu kecewa.

Mereka manusia biasa. Kecik hati, dah tentu ada.
Tapi biasa; si Peter. Sebab apa?
Sebab Tinker selalu pesan.
"Jangan kecewa, Jangan kecewa, Jangan kecewa.
 Kembali ceria. Lupakan segalanya."
Akhirnya, Tinker pula kecewa.

Peter tak biarkan
Tinker kecewa terus terusan.
"Apa kau dah lupakan, apa kau selalu pesan?"
ke telinga Tinker, dibisikan.

Begitu lah sehari hari.
Dua sahabat mungkin sehidup semati.
Peter berjanji, Tinker tak akan di benci.
Sebab Tinker sahabat sejati yang susah dicari,
mahupun diganti.


*gambar hasil lukisan pemilik blog ini. >>> http://inishashapunyablog.blogspot.com/.
 Trima's ya berkongsi. 



TRIMAS =)

Monday, 7 October 2013

Terbang Angan Angan

bilik gelap ini
aku jadikan markas.
Untuk aku menconteng kertas.
bercerita inggin ke atas.
seperti burung 
terbang bebas.

aku ingin keatas sana?
kamu tak mahu bersama?
disana nanti,
kita cuba bina pelangi.
biar dibawah,
ceria hati
memerhati.

kalau nak ikut,
kau kena berjanji.
air mata kau tinggal disini.
aku tak nak kau membasahi
yang dibawah nanti.

Sekarang,
buat pilihan.
Biarkan aku terbang sendirian.
atau
mahu bersama
cipta kenangan.



TRIMAS =)

Friendzone??

Berjanji kawan saja,
tapi kenapa ada
perasaan ini?
hurmm.
tolong.
aku takut kecewa.

nak abaikan
atau layankan
perasaan ni?
macam mana kalau aku saja,
dia tak rasa benda yang sama?

"laki perempuan memang tak boleh berkawan baik. sebabnya salah sorang mesti ada simpan perasaan"

Sekarang,
aku yang simpan perasaan itu.
takut nak bagitahu.
yang aku mampu,
cuma berharap
dia sama seperti aku.

Dia pernah berkata,
apa dia rasa,
biar rahsia.

Benda tu makin buat aku tertanya.
Sama ada dia sama,
atau dia rasa berbeza.

Aku tak mahu kecewa.
Dia pun begitu juga.

Itu ke punca
aku dia tak bersama?

Bila tanya tentang perasaan,
Dia tak bagi jawapan,
cuma berpesan.

"Aku selasa berkawan. Dan biarkan lah berterusan"

selesai berpesan,
Dia bagi senyuman
--sinis.
Aku tertanya.
apa ada dalam kepala
--Dia

Terdiam.
Dalam kepala banyak soalan.
nak ditujukan,
belum tentu dapat jawapan.
Baik aku diam.
Biar dengan senyuman.

Akhir nya,
Aku setuju
hanya berkawan.

sebab dengan kau,
aku tak nak berjauhan.


TRIMAS =)

Saturday, 5 October 2013

Hanya Satu Subjek, AKU.

Aku manusia;
Biasa.
Aku boleh berbicara.
Tapi ku diam saja.

Aku manusia;
Biasa.
Aku boleh melihat.
Tapi penglihatan tu ku sekat.

Aku manusia;
Biasa.
Aku ada kaki,
Tapi ku tidak hanya berdiri.

Aku manusia;
Biasa.
Ku pilih diam saja,
Sebab dalam dunia,
banyak halnya.
Belum tentu ku tahu segala.

Aku manusia;
Biasa.
Penglihatan kusekat,
ku tak mahu lihat,
segala maksiat.
Hanya guna untuk tak sesat.

Aku manusia;
Biasa.
Aku tidak hanya berdiri.
Ku jalan kesana kesini,
pergi mencari,
sesuatu patut dipelajari.

Aku manusia,
Biasa.
Langsung tidak sempurna.

Aku manusia.
Manusia yang penuh cela.


TRIMAS =)

Wednesday, 2 October 2013

Manik Cinta Hitam

kau ingat lagi dulu?
manik manik cinta yang kau putuskan itu.
aku dah ikat kembali satu persatu.

tapi kali ini
engkau, aku tak akan bagi.
takut kau putuskan lagi.
sakit aku nak cari.
manik yang bertaburan sana sini

manik cinta ini
biar lah ku simpan sendiri,
nanti boleh kuberi,
kepada bidadari.
yang sudi disisi.


TRIMAS =)

Thursday, 19 September 2013

Perhati Diri

Bangun pagi, gosok gigi, ngadap cermin.
Lepas mandi, pakai baju, ngadap cermin.
Pergi kelas, pergi kerja,
betulkan rambut, betulkan tudung,
ngadap cermin.
Balik, mandi, ngadap cermin.
Malam, tukar baju, ngadap cermin.
Tidur.
Dalam satu hari.
Banyak kali tengok diri sendiri.
Tapi sayang.
Cuma tengok.
Tak macam tengok orang lain
Nampak kesalahan.
Nampak kekurangan.
Sedih kan??



TRIMAS =)

Monday, 16 September 2013

Peringatan


Aku ingatkan lagi,
dulu satu hari
aku pernah disakiti.
Sakit menyiat hati.


Tak boleh berdiri.
Terduduk disini.
Tak percaya itu terjadi.
Aku pergi menyepi
dalam dunia sendiri
kelam sunyi.


Aku tak bagi
sesiapa menemani
walaupun ada yang sudi.


aku sedar realiti.
Aku berjalan, berlari.
Kali ini.
Aku berhati hati.
Tak nak tersungkur lagi.


Mahu bersama berlari.
Jangan jadi
punca aku tersungkur nanti.



TRIMAS =)

Wednesday, 11 September 2013

Kosong

Kosong?
Ya,
kosong sahaja.
Itu aku mahu cerita.

"KOSONG"
Kau suka.

Ku kata "KOSONG",
kau ketawa.

Cuma "KOSONG",
kau dah ceria.

Hanya "KOSONG",
kau pinta ku bicara.
bukan sayang; bukan dinda.
Tapi "KOSONG"
bagi kau istimewa.

Kenapa "KOSONG"
aku tak pasti sebabnya.
Aku biar jadi rahsia,
Engkau disana.

Harap dengan "KOSONG".
Kau senyum selamanya.



TRIMAS =)

Friday, 6 September 2013

Kerisauan Jiwa

"Takut"
Aku kata.

"Takut apa."
Kau tanya.

"Takut kau tiada."
Aku bicara

Tapi kau ketawa.
Aku diam sahaja.
Aku tak tanya kenapa.

Aku pun ketawa.
Biar kau gembira.

Harap engkau tiada
fikir aku sengaja.
Sengaja cipta kata kata.
Sebab,
Kata itu dari jiwa.


TRIMAS =)

Monday, 2 September 2013

Pipit & Enggang

Hei kamu,
Jadi kawan aku?

Apa,
Kamu tidak mahu?

Aku tiada harta,
aku tiada rupa,
Juga tidak bergaya.
Itu kau kata.

Tapi kenapa,
itu semua kau kira?
Itu kan dunia
pinjaman semata.

Ya,
Hidup kita berbeza.
Mungkin ku
tak layak bersama
dengan kau
miliki segalanya.

Tapi
Jangan kau lupa,
Kau aku tetap manusia.


TRIMAS =)

Tuesday, 27 August 2013

Sebatang Rokok dan Aku



Hei kamu, malam ini tidak mahu hisap aku?”. Setiap kali aku memandang kotak rokok, itu saja yang aku dengar. Kadang kadang terfikir apa aku sudah gila atau itu semuanya nyata. Aku capai kotak rokokku, “Memang aku mahu hisap kamu, wahai rokok kawanku.” Kata ku sambil mengeluarkan sebatang rokok dari kotak. Belum sempat aku bakar, aku dengar suara halus menyapa. “Jika aku kawanmu, kenapa mahu bakar aku?” Kata suara itu. Aku tersentak, “Takkan rokok ni boleh bercakap, canggih betul.” Bisikan hatiku sendiri. “Tak perlu kau nak pelik, tak perlulah kau nak berbisik. Aku boleh dengarnya semuanya. Apa dalam hati kau aku dah selam” perli rokok itu tadi. Aku cuma berdiam diri, aku cuma memerhati dan berfikir adakah aku bermimpi. Melihat gelagat aku, rokok itu melompat dan menjentik dahi aku sambil berteriak “Woi, kau tak bermimpi, ini reality. Aku memang boleh berinteraksi.” Lepas itu baru aku percaya, aku masih belum bermimpi. Terasa sakit dahi bila dijentik tadi.
Aku masih tidak berkata apa, hanya diam kan diri. “Kau nak diam sampai bila?” Rokok itu menyapa. “Aku tak tahu apa hendak ku kata.” Luahku kepadanya. “Sudahlah, simpan saja rasa hairan kau itu. Macam ini lah, malam ini aku temankan kau. Kita berbual tentang apa saja, tentang cinta, tentang rasa, arhh tentang semua, habis cerita.” Cadang rokok kepadaku. Aku pun bersetuju. Sebab apa, aku pun tak tahu. “Hei kawan, kau tak bosan ke dengan hidup kau?”. Rokok terus bertanya tanpa memberi aku berkata apa apa. “Kenapa kau bertanya begitu?” Tanya aku pelik. “Macam ni, aku dah lama perhatikan kau. Siang kau pergi kerja, habis kerja kau balik rumah. Lepas itu, kau tidur. Kalau cuti pun kau duduk rumah sahaja. Tak bosan ke begitu?” Sambung Rokok panjang lebar. “Normal lah tu. Kau hanya Rokok. Apa kau tahu?” Jawab aku pendek. Malas aku nak bercerita tentang itu. “Normal kau kata? Aku rasa kau ni gila. Tak pun kau bukan manusia, kau ni mesin. ROBOT. Hahahaha.” Tambah Rokok sambil gelakkan aku. “Kau ni dah kenapa? Asal cakap aku macam itu?” Tanya aku dalam nada yang sedikit marah. “Kau tengoklah orang lain, orang lain pun kerja juga tapi tak macam kau. Kau tak ada kawan ke? Kekasih hati? Yang biasa aku lihat, orang sebaya kau ni akan lepak dengan kawan kawan atau kekasih hati bila kelapangan. Kau tidak. Teperuk dirumah saja. Itu yang aku cakap kau ni robot.” Terang rokok sambil memerli lagi. Betul rokok ini cakap. Aku banyak menghabiskan masa aku dirumah sahaja. “Aku ada kawan tapi kawan aku semua sibuk sama macam aku. Paling tidak bila mahu berjumpa cuma mintak tolong. Tak duit. Mintak tolong tenaga. Itu yang aku malas beria dengan diaorang.” Aku pun mula bercerita. “Tentang kekasih hati, bagaimana?”Tanya Rokok lagi. “Dulu aku ada kekasih, tapi sekarang dia dah pergi. Dia cakap aku tak selalu ada masa untuk dia. Kalau ada pun aku akan menyakitkan hati dia. Itu yang dia pergi.” Aku layan rokok perlahan lahan. “Kalau aku jadi kekasih hati kau pun aku cabut lari. Kau ni robot, bukan ada perasaan.” Rokok memerli lagi dan terus mengetawakan aku. Aku sangat terasa dengan apa dia kata. Aku pegang Rokok. Aku inggin patahkan dia. Terasa malas nak berbual dengan dia lagi. “Heii, janganlah macam ini. Aku cuma bergurau saja tadi. Maaflah. Tak ada niat nak sakitkan hati kau. Aku cuma nak ceriakan kau. Tolong, jangan patahkan aku.” Rayu Rokok kepadaku. Sambil merayu dia masih mengelakkan aku. Mungkin dia betul inggin ceriakan aku. Aku letak balik dia balik atas meja didepan aku. “Aku tahu salah aku, aku tak pandai jaga hati orang. Sebab itu lah aku lebih suka menyendiri. Tak perlu jaga hati orang. Tak perlu kisah fasal orang, yang penting sekali aku gembira” Kataku sambil minum kopi yang ku buat tadi. “Kalau aku jadi kau, aku tak gembira. Au nak berbakti. Aku nak membalas budi. Barulah orang ingat dan kenang aku walaupun aku dah mati.” Kata Rokok dengan megah. Aku cuma membatu mendengar hujah si Rokok ini. Dalam hatiku berkata “Apalah yang kau boleh buat, kau tu cuma sebatang rokok. Kalau aku mati pun kau sebabnya. Itu ke kau panggil berbakti?” Ketawa kecil aku dengan bisikan hati ku sendiri. “Tadi aku kata kalau aku jadi engkau.Ya, aku tak lupa, aku cuma sebatang rokok. Aku punca orang mati.” Rokok menyapa dengan nada yang sedih. Aku terlupa dia tahu apa ku kata didalam hati ku. “Hei, janganlah macam ini. Aku mintak maaf okay. Kalau kau tak da siapa sudi temankan aku?.” Aku cuba mengambil hati Rokok ini. “Dah lah, lupakan saja tentang itu. Aku tak simpan pun apa kau kata. Ha, aku ada benda nak tanya. Kalau kau diberi peluang nak jadi benda atau apa saja, kau nak jadi apa? Macam kereta ke, telefon ke, kau nak jadi apa?” Rokok bertanyakan aku soalan yang baru. Menarik sungguh soalan tu, dia buat aku terfikir sekejap. Tanpa berfikir lama aku pun jawab. “Kalau macam tu, aku nak jadi batu. Aku nak duduk diam saja. Tak payah fikir pasal orang. Tak perlu nak jaga hati orang. Macam sekarang apa yang aku sedang buat.” Aku menjawab sambil mengelakkan diri ku sendiri. “Apa benda lah kau ni, dalam banyak banyak benda dalam dunia, batu yang kau pilih. Tapi bagus juga sebab memang kena dengan hidup kau.” Perli Rokok sambil mengetawakan aku lagi. Aku pun turut ketawa bersama. Dalam ketawa aku bertanya. “Kau ketawakan aku, kau tu nak jadi apa? Tong sampah atau tandas awam? Boleh berbakti untuk orang.” Makin kuat aku ketawa. Kali ini aku ketawakan dia. “Kau jangan nak melebih. Kalau aku diberi pilihan, aku nak jadi pelangi. Boleh buat orang ceria hati. Tak nak aku jadi rokok punca orang mati.” Jawab Rokok menghentikan gelak ketawa aku. Lalu aku pun bertanya “Kenpa pelangi? Macam mana pelangi buat orang ceria?.” “Kau ni lembablah. Itu pun nak aku terang kan. Begini, pelangi hanya muncul bila hujan. Kadang kadang orang sedih bila hujan turun. Jadi bila lepas hujan turun. Pelangi menhiasi langit yang tadinya mendung. Pelangi menceriakan langit dengan warna warni yang dia ada dan bila pelangi hilang, pasti orang akan tercari cari dan menanti kemunculan pelangi. Itu bagi aku berbakti dan cara itu aku akan sentiasa diingati. Sekarang kau faham maksud aku tadi?” Terang Rokok kepada ku. Sangat jelas. Baru aku faham apa dia maksudkan tadi. Bagus juga Roko ni. Berniat mulia. “Kita hidup di dunia bukan sendiri, cukup ke kita berbakti? Sudahkah kita membalas budi? Itu kau fikir lah sendiri.” Tambah Rokok lagi sebelum aku sempat membuka mulut. “Betullah apa kau kata cakap Rokok. Selama aku hidup apa yang aku dah buat untuk orang orang. Aku pun tak tahu lah. Tapi boleh ke aku nak balas semua budi orang, lagi lagi mak aku? Agak agak kau lah kan Rokok, ada ke orang ingat dekat aku bila aku mati nanti?” Tanya aku sambil membaringkan diri di sofa. Aku dah tak melihat Rokok, aku cuma bercakap saja. Lama juga aku tunggu tindak balas Rokok. Pelik, Rokok hanya mendiamkan diri. Aku pegang Rokok, aku letak ditelinga. Aku tunggu dia bersuara. “Rokok, kenapa kau diam? Cakaplah dengan aku” Aku teruskan usaha untuk membuat Rokok bersuara lagi. Ternyata usaha aku sia sia. Rokok dah tak mahu bersuara. Dia tinggal kan aku begitu sahaja. Tinggalkan aku dengan solan yang tiada jawapannya.
Aku duduk di sofa dan memikirkan balik apa yang dia dicakapkan oleh Rokok. Mungkin dia mahu aku cari jawapannya sendiri. Mungkin dia mahu aku mengubah diri. Ya, aku tahu aku tak boleh jadi pelangi, tapi yang pasti aku boleh berbakti. Masih boleh aku membalas budi. Aku akan tolong sesiapa yang memerlukan. Aku akan cuba faham perasan dan hati orang. Rokok, aku tahu dalam dunia ni aku tak sendiri. Jadi aku tak akan lagi menyendiri. Di luar sana masih ada orang perlukan aku dan aku memerlukan mereka semua. Terima kasih kawan, terima kasih sedarkan aku.

#MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN =)





TRIMAS =)

SAHABAT SEJATI


Siapa tidak mahu sahabat sejati;
Tapi di mana boleh dicari??

memang dah tahu susah nak di ganti;
kenapa susah nak dihargai??

Sunday, 25 August 2013

Sebuah Pencarian




Mencari pelangi;
Biar la selepas hujan berhenti.

Mencari kawan;
Biarlah yang betul sejati.


Mencari kasih;
Biarlah sampai ke mati.

Mencari cinta;
Biar lah yang suci.

Seperti cinta kepada yang ILAHI..




*sumber.




TRIMAS =)


Saturday, 24 August 2013

Untuk Mu

Ini ku karang
untuk mu Sayang.

Sudikah kau
terima lebih
dan apa ku kurang?

Sudikah kau
sentiasa ada
masa ku susah senang?

Sudihkah kau
menanti ku pulang
di waktu siang?

Sudikah kau
teman malam ku
mengira bintang?

Sudikah kau
mencari aku
jika hilang?

Sudikah kau

Wahai Sayang ??



TRIMAS =)

Friday, 23 August 2013

KEHIDUPANKU






Hidup hamba,
Siapa boleh menduga.
Bila masa suka,
Bila masa duka.
Hidup dipenuhi dusta,
Kelak esok berduka.
Hidup dengan ketawa,
Tidak pasti bahagia.
Hidup dengan airmata,
Belum tentu sengsara.
Teruskan bergembira,
Walau hanya sementara.





TRIMAS =)


Siapa Kamu

Kau suka bercerita,
Walau benda sama,
Cerita kau berbeza,
Apa kau lupa,
atau kau sudah gila?

Tujuan apa begitu?
Adakah cubaan menipu?
Tapi siapa kau tuju?
Pada diri aku,
atau diri kamu?

Apa kau sembunyikan?
Adakah mengerikan,
atau ia memalukan?
mungkin untuk keriangan.

Sungguh payah mengerti,
Diri kau yang kini,
Mana hilang pergi,
Diri yang kukenali,
Atau ini yang asli?

Bukan ku keji,
tidak jugak ku benci,
aku cuma mencari,
Punca engkau sebegini.


TRIMAS =)

Bidadari Mimpi

Berbaju unggu,
tersenyum engkau disitu.
Inggin ku sapa mu,
Tapi diri rasa malu.

Senyum ketawa,
lirikan manja,
suka aku melihatnya,
membuat jantung berhenti seketika.

Kau hilangkan diri,
Sekeliling ku toleh cari,
mana hilang pergi
Gadis secantik bidadari.

Owwhh,
rupanya kau disitu,
diselundung oleh temanmu,
tapi akhirnya kau berlalu,
kemana tuju,
aku tak tahu.

Terdetik dihati,
boleh ke bertemu lagi,
wahai bidadari.

muncul lah engkau dalam mimpi,
Hadir lah engkau di realiti..



TRIMAS =)

Wednesday, 24 July 2013

25 Julai

Mak,
pada hari ini,
21 tahun yang lalu,
kau lahir kan aku,
Kau menahan sakit untuk aku.

Mak,
Aku kau lahirkan,
Aku kau besarkan,
Kasih sayang kau curahkan,
kerenah aku kau layankan,
Tidak merungut keletihan,

Mak,
Maaf kan aku,
Aku tahu banyak dosaku,
Sering saja sakitkan hati mu,
Tapi kau tidak bagitahu,
Tetap kau sedia bila ku perlu.

Mak,
21 tahun kau jaga aku,
Akan ku balas jasa mu,
Walau ku tahu ku tak mampu,



TRIMAS =)

Monday, 22 July 2013

Abang

kau dan aku,
Tak pernahnya sebulu,
Memang sejak dulu,
Kau buat ini aku buat itu.

Kau menyusahkan,
Apa saja aku lakukan,
kau pertikaikan,
Langsung tiada menyenangkan.

Setiap hari begitu,
Ada saja tidak bersetuju,
Berbaik kurang seminggu,
Berbulan diam membisu.

Pabila mulut dibuka,
Yang keluar menghiris jiwa,
Tak cukup itu semua,
Tangan kaki bergerak sengaja.

Mungkin benci menguasai,
Sampai susah untuk sedari,
kau memang nak aku benci,
Supaya aku tak menjadi,
Diri kau yang sebegini.

Kini kau tinggalkan aku,
Langsung tidak kau menunggu,
Tiada peluang ku ketemu,
Memohon maaf kesilapanku.

Sekujur badan ku perhati,
Serba putih kini melengkapi,
Kesal penuh di dalam hati,
Menjadi marah diri sendiri,
Kenapa dulu kau ku benci,
Kalau dulu tak seperti ini,
Pasti sentiasa ku disisi,
Bertemu kau terakhir kali.

Itu semua telah berlalu,
Benci bertukar menjadi rindu,
Rindu kengan kita dulu,
rindu akan abang ku yang satu.

Ku teruskan kehidupan,
seperti yang kau mahukan,
Tidak mengulangi kesilapan,
Yang pernah kau lakukan,
Engkau tidak akan kulupakan,
Sentiasa segar dalam ingatan.

Ku kirim doa setiap hari,
agar ia dapat mengiringi,
Diri mu yang telah pergi,
Semoga aman disana nanti.

#DALAM INGATAN. MOHD FADHLI B ABD RAHMAN.
AL-FATIHAH


TRIMAS =)

Thursday, 18 July 2013

Mimpi

Aku bahagia,
Sikit pun tak berduka,
Siang malam penuh ketawa,
Sampai kulupa erti air mata,

Kau ada setiap masa,
Tak merungut walau seketika,
Alangkah indah sentiasa bersama,
Menjadikan dunia kita yang punya.

Masa masa kita luang,
Penuhi kenangan di setiap ruang,
kau aku bergurau bersayang,
Tidak pernah hirau pagi petang.

Ku mahu kita sentiasa berdua,
Tiada ketiga tiada terluka,
Ada ketiga biarlah cahya mata,
Menambahkan seri kita sekeluarga.

Ku sedar ini bukan realiti,
Usah kejutkan ku lagi,
Tinggal saja ku disini,
Kerna belum puasku bermimpi.



TRIMAS =)

Wednesday, 17 July 2013

Memori

air mata,
luka di dalam dada,
kenangan peristiwa menyiat jiwa,
janji manis sang pujanga,
apa ditinggal pahit belaka,
hingga hidup dia menjadi sensara.

Tiap malam ditemani tangisan,
Penuh fikiran dengan kesalan,
Tiba hati merasa kerinduan,
Membuat segala dalam keraguan.

Keputusan sudah dibuat,
Membuang segala yang terpahat,
Perlu melangkah walaupun berat.
untuk mengukir senyum diwajah kelat.

Belum sembuh luka dihati,
kau gagahkan untuk berdiri,
masalah perlahan diatasi,
Hilai tawa mula di dengari,

Kini engkau bersahaja,
Perasaan lama makin dilupa,
Riang dihati terus menjelma,
Ku harap gembira sentiasa.


TRIMAS =)

Tuesday, 9 July 2013

Ramadhan Tiba

Tiba Ramadhan,
Bukan saja menahan kelaparan,
Bukan saja menanggung kehausan,
Sudah masa cari keberkatan.

Tiba Ramadhan,
Bukan tanda tiada kejahatan,
Bukan tanda hilang hasutan,
ia masa nafsu terima kawalan.

Tiba Ramadhan,
Jangan merasa keletihan,
Jangan dipenuhi keluhan,
kerna ia mengajar erti kesusahan.

Tiba Ramadhan,
Tambahkan lah kebaikan,
Tinggalkan lah kejahatan,
Kejarlah Malam Seribu Bulan,
Moga hidup menerima kesejahteraan.

SELAMAT BERPUASA SEMUA.



TRIMAS =)

Monday, 1 July 2013

Setengah Tahun

setengah tahun berlalu,
aku teringat kisah dulu,
indah kenangan tersenyum selalu,
tapi kini tak serupa dahulu.

setengah tahun pergi,
aku masih mencari penganti,
merawat luka perit dihati,
kelak pasti akan ku temui.

setengah tahun hilang,
tak mungkin datang pulang,
orang ku tunggu kini datang,
hati sedih kembali riang.

setengah tahun dilalui,
pelbagai telah ku pelajari,
kesilapan lepas jangan diulangi,
moga berbahagia di hari menanti.



TRIMAS =)

Sunday, 5 May 2013

Life As College Student


Permualaan semester.
"Aku nak berubah, aku tak nak lagi main-main. Nak dapatkan result lagi bagus dari sem lepas"

Pertengahan semester.
"Perh,berlambak assignment aku. Bagi hari ni, lusa dah kena submit. Ni yang buat aku nak skip kelas je."

Beberapa minggu sebelum Peperiksaan Akhir.
"Gila lah, projek tak jalan jalan lagi. Tarikh submit tak lama lagi. Team member pulak semua cam haram, diam aje. Ade juga aku tak buat projek ni kang. Bila lah semua nie nak berakhir? Kenapa lah cuti lambat lagi? "

Friday, 26 April 2013

Choose Friend Wisely???

Selalu sangat aku dengar orang duk cakap, pilih kawan betul betul.
Persoalan yang timbul sekarang, kenapa perlu ayat tu timbul??
Tak boleh ke aku nak berkawan dengan penagih dadah, samseng, pencuri, penjudi,anti kerajaan lah, apa lagi yang jahat jahat?? Senang cerita semua orang lah. Tak kira baik ataupun jahat.Tak boleh ke aku berkawan dengan diaorang semua tu??? Tak boleh ke??