Wednesday, 24 July 2013

25 Julai

Mak,
pada hari ini,
21 tahun yang lalu,
kau lahir kan aku,
Kau menahan sakit untuk aku.

Mak,
Aku kau lahirkan,
Aku kau besarkan,
Kasih sayang kau curahkan,
kerenah aku kau layankan,
Tidak merungut keletihan,

Mak,
Maaf kan aku,
Aku tahu banyak dosaku,
Sering saja sakitkan hati mu,
Tapi kau tidak bagitahu,
Tetap kau sedia bila ku perlu.

Mak,
21 tahun kau jaga aku,
Akan ku balas jasa mu,
Walau ku tahu ku tak mampu,



TRIMAS =)

Monday, 22 July 2013

Abang

kau dan aku,
Tak pernahnya sebulu,
Memang sejak dulu,
Kau buat ini aku buat itu.

Kau menyusahkan,
Apa saja aku lakukan,
kau pertikaikan,
Langsung tiada menyenangkan.

Setiap hari begitu,
Ada saja tidak bersetuju,
Berbaik kurang seminggu,
Berbulan diam membisu.

Pabila mulut dibuka,
Yang keluar menghiris jiwa,
Tak cukup itu semua,
Tangan kaki bergerak sengaja.

Mungkin benci menguasai,
Sampai susah untuk sedari,
kau memang nak aku benci,
Supaya aku tak menjadi,
Diri kau yang sebegini.

Kini kau tinggalkan aku,
Langsung tidak kau menunggu,
Tiada peluang ku ketemu,
Memohon maaf kesilapanku.

Sekujur badan ku perhati,
Serba putih kini melengkapi,
Kesal penuh di dalam hati,
Menjadi marah diri sendiri,
Kenapa dulu kau ku benci,
Kalau dulu tak seperti ini,
Pasti sentiasa ku disisi,
Bertemu kau terakhir kali.

Itu semua telah berlalu,
Benci bertukar menjadi rindu,
Rindu kengan kita dulu,
rindu akan abang ku yang satu.

Ku teruskan kehidupan,
seperti yang kau mahukan,
Tidak mengulangi kesilapan,
Yang pernah kau lakukan,
Engkau tidak akan kulupakan,
Sentiasa segar dalam ingatan.

Ku kirim doa setiap hari,
agar ia dapat mengiringi,
Diri mu yang telah pergi,
Semoga aman disana nanti.

#DALAM INGATAN. MOHD FADHLI B ABD RAHMAN.
AL-FATIHAH


TRIMAS =)

Thursday, 18 July 2013

Mimpi

Aku bahagia,
Sikit pun tak berduka,
Siang malam penuh ketawa,
Sampai kulupa erti air mata,

Kau ada setiap masa,
Tak merungut walau seketika,
Alangkah indah sentiasa bersama,
Menjadikan dunia kita yang punya.

Masa masa kita luang,
Penuhi kenangan di setiap ruang,
kau aku bergurau bersayang,
Tidak pernah hirau pagi petang.

Ku mahu kita sentiasa berdua,
Tiada ketiga tiada terluka,
Ada ketiga biarlah cahya mata,
Menambahkan seri kita sekeluarga.

Ku sedar ini bukan realiti,
Usah kejutkan ku lagi,
Tinggal saja ku disini,
Kerna belum puasku bermimpi.



TRIMAS =)

Wednesday, 17 July 2013

Memori

air mata,
luka di dalam dada,
kenangan peristiwa menyiat jiwa,
janji manis sang pujanga,
apa ditinggal pahit belaka,
hingga hidup dia menjadi sensara.

Tiap malam ditemani tangisan,
Penuh fikiran dengan kesalan,
Tiba hati merasa kerinduan,
Membuat segala dalam keraguan.

Keputusan sudah dibuat,
Membuang segala yang terpahat,
Perlu melangkah walaupun berat.
untuk mengukir senyum diwajah kelat.

Belum sembuh luka dihati,
kau gagahkan untuk berdiri,
masalah perlahan diatasi,
Hilai tawa mula di dengari,

Kini engkau bersahaja,
Perasaan lama makin dilupa,
Riang dihati terus menjelma,
Ku harap gembira sentiasa.


TRIMAS =)

Tuesday, 9 July 2013

Ramadhan Tiba

Tiba Ramadhan,
Bukan saja menahan kelaparan,
Bukan saja menanggung kehausan,
Sudah masa cari keberkatan.

Tiba Ramadhan,
Bukan tanda tiada kejahatan,
Bukan tanda hilang hasutan,
ia masa nafsu terima kawalan.

Tiba Ramadhan,
Jangan merasa keletihan,
Jangan dipenuhi keluhan,
kerna ia mengajar erti kesusahan.

Tiba Ramadhan,
Tambahkan lah kebaikan,
Tinggalkan lah kejahatan,
Kejarlah Malam Seribu Bulan,
Moga hidup menerima kesejahteraan.

SELAMAT BERPUASA SEMUA.



TRIMAS =)

Monday, 1 July 2013

Setengah Tahun

setengah tahun berlalu,
aku teringat kisah dulu,
indah kenangan tersenyum selalu,
tapi kini tak serupa dahulu.

setengah tahun pergi,
aku masih mencari penganti,
merawat luka perit dihati,
kelak pasti akan ku temui.

setengah tahun hilang,
tak mungkin datang pulang,
orang ku tunggu kini datang,
hati sedih kembali riang.

setengah tahun dilalui,
pelbagai telah ku pelajari,
kesilapan lepas jangan diulangi,
moga berbahagia di hari menanti.



TRIMAS =)