Monday, 30 December 2013

Dua Kosong Satu Tiga

Dua kosong satu tiga,
banyak perkara berlaku.
Jika aku tulis, aku buku,
Mungkin laku.
Itu kalau ada mahu tahu,
cerita tentang aku.

Dua kosong satu tiga.
Bulan satu bermula.
Hidup seperti biasa.
Tidak terlalu ceria,
tidak terlalu kecewa.
Biasa biasa saja.

Dua kosong satu tiga.
Pejam celik, bulan empat.
Aku masih kejar
apa aku belum dapat.
Pejam celik mata,
sudah bulan lima.
Tak boleh buang masa.

Dua kosong satu tiga.
Masih dibulan lima.
Aku kenal dia.
Hati macam nak terbuka.
Tapi berjanji, kawan saja.
Bulan enam.
Makin banyak dipendam.
Teruskan berdiam.

Dua kosong satu tiga,
Bulan Sebelas.
Tamat pengajian diploma aku.
Bermula satu hidup baru.
Bulan dua belas.
Seakan cinta berbalas.
Tapi hubungan masih terbatas.

Esok, muka surat akhir.
biasa hujung cerita, gembira.
Harap Dua Kosong Satu Tiga
aku sama. Gembira.

                                       

Thursday, 26 December 2013

Orang Atasan

Diam; dipijak.

Bising; Menjawab. Kurang ajar.

Jadi, apa cara nak hidup atas dunia.
Dan buat mereka mereka selesa.
Hidup seperti dewa sampai lupa mereka manusia biasa.

Dan aku tertanya,
---Dewa????

Monday, 23 December 2013

Teruna Dara // Jejaka Dara

Cerita cinta teruna dara.
Masa berkasih; gembira.
ini dunia, mereka punya.
Agaknya.

Bila berpisah,
Teruna cari Dara baru.
Tinggal si Dara di situ.
Tetap menunggu.

Bukan saja menunggu,
Dibasahi pula tuala, tisu.
Lagi gila bila tahu
Si teruna dah bahgia sama Dara baru.

Sudah basah semua tuala,
Airmata tetap ada.
Muncul pula si Jejaka.
Datang mengelap airmata.

Airmata berhenti,
Dara di bawa pergi.
Jejaka tunjuk hal dunia
dimana ada sebelah yang gembira.

And then, Seperti dongeng dongeng
yang ada, Jejaka dan dara Happy ever after..

Ending cliche. Macam sial. Tapi itu lah yang orang nak. Mana nak ending sedih2.

Sunday, 22 December 2013

Teruskan Berjuang

Ya, aku tahu.
Telah ramai tumbang.
Aku tak goyang.
Aku tetap mahu berjuang.

Biar tiada senapang.
Biar tiada pedang.
Aku tetap mahu berjuang.

Biar puisi jadi senjata,
pertahan hak kita.

Mari, mari semua!!!
Kita berjuang bersama.