Friday, 10 January 2014

1234567890

Satu
perlu aku
sentiasa ada kamu

Dua
Habis masa
Kau aku bersama

Tiga
pejam mata
Dalam mimpi berjumpa.

Empat
Lidah berdebat
Sayang tetap kuat.

Lima
Kiri bersama
Kanan turut serta

Enam
Mata pejam
Perasaan tidak diam

Tujuh
Gelap disuluh
Walau penat berpeluh

Lapan
Maaf kesilapan
Dedam tidak disimpan

Sembilan
Teman berjalan
Harap jadi bimbingan

Kosong
Jangan terpesong
Aku ada menyokong

Sunday, 5 January 2014

#SeratusMulut

Ini khabar lama,
Aku baru nak cerita.

Aku terpilih 'tuk #SeratusMulut.
Apa itu?
Sebuah buku
memilih pemuisi amatur seperti aku.
Seratus mulut, sudah tentu seratus tuan.
Dan aku salah satu mulut itu.

Mungkin ini satu langkah aku tuk berjaya.
Dan aku tahu,aku perlu mendaki banyak lagi tangga.
Aku harap korang sokong aku.
Jangan lupa, dapatkan buku himpunan puisi #SeratusMulut korang nanti.
Aku takut korang rugi
kalau tak beli.

Saturday, 4 January 2014

#PuisiBudakComputer

A sampai Z,
semuanya 26.
Belum tentu cukup tuk luah apa ku pendam.
Dan jika kau paham bahasa aku
101010001.
Kau akan dapat satu deretan nombor tiada henti.
Infiniti