Sunday, 23 March 2014

Puisi Kita

Mereka sudah berlari,
Aku masih berjalan.
Aku biar mereka pergi.
Satu hari aku kejarkan.

Didalam perjalanan,
Ada satu curi perhatian.
Seorang perempuan.
Punya sayap menawan.

Timbul satu persoalan,
Kenapa tak guna sayap menawan tuk terbang atas awan.

aku kian menghampiri,
saat itu baru aku sedari.
Satu sayap dia sudah jatuh kebumi.
Sakit tuk kembang lagi.

Aku cuba tuk menegur.
Tangan juga dihulur.

Hai, kawan.
Apa kata saat kau tunggu sayap pulih semula,
Kita berjalan bersama.
Sayap kau pulih nanti,
Pergilah kau terbang tinggi.
masa itu juga aku cuba tuk berlari.

Friday, 21 March 2014

Tulisan

Aku cuba tulis puisi, tapi aku anggap lagu.
Aku cuba rap laju laju,
nafas pula cemburu.
Aku cuba nyanyi satu satu,
Telinga kata tak merdu.
Jadi aku biar mulut diam, bisu.
Biarkan tangan buat kerja tanda setuju.

Sunday, 9 March 2014

Parut

Ini aku dpt masa belajar lari.
ni masa jatuh pokok.
ni masa disemak main sorok sorok
Ya, memang aku byak parut. Ini tanda aku hidup seronok.

"Abang, ini krim ilangkan parut."

Maaf  aku tak nak beli.
Parut ini kenangan.
Hilang kenangan, macam tak ada kehidupan.