Saturday, 31 May 2014

Jalan, jalan, jalan.
Aku penat, aku berehat.
Terduduk di bahu jalan.
Kepala dongak lihat awan.
Lantas teringat aku akan perempuan.
Perempuan yang punya sayap menawan.

Lihat burung terbang,
Dia, aku kenang.
Mungkin dia dah terbang, riang.

Hai kawan,
Ku harap kita jumpa kau penuh keriangan.
Harap kau dapat bercerita seronoknya diatas awan.
Aku tak nak pula kau penuh kepiluan.
Yang paling penting kawan,
Jaga kau punya sayap menawan.