Saturday, 26 July 2014

Crush yang ditolak?

* cerpen ini adalah olahan dari cerpen CRUSH YANG DITOLAK. korang kena baca dulu cerpen tu, baru korang faham ceritanya. *

“aku tidak datang dari kalangan gadis gadis favourite kamu. Aku datang Cuma untuk musnahkan hidup kamu dan jelas aku musnahkan hidupku juga,biar adil. Ini kali terakhir kita bertemu dan tidak akan ada lagi kita pada masa hadapan. Semoga suram masa depanmu dan mati hatimu sebentar lagi.” 
Bermain main ayat tu difikiran. Masih dengar suara halus gadis yang ditemui siang tadi. Baju yang basah  tidak dipedulikan. Lelaki itu terus termenung mengadap tv yang sememangnya dia tidak layan apa rancangan yang sedang bersiaran.

“apa salah aku “ perlahan lelaki itu bertanya pada diri sendiri.
Malam itu dihabiskan dengan mencari jawapan yang susah dia cari seorang.
Lelaki itu cuma melayan gadis itu seperti biasa. Sama juga seperti gadis gadis yang lain. Dia mengambil berat. Ada bila gadis itu perlu. Dia membuat gadis itu ketawa dan terlupa kesedihan yang ada. Mungkin lelaki itu fikir, itu lah yang harus lelaki buat untuk temannya. Sungguh lelaki itu tak sangka dalam dia dah membuat hati gadis itu terluka.

“Arhh, bukan aku tak cuba cari dia. Dah beribu kali aku call, bagi mesej. Semua tak ada respon. Aku tunggu dia dekat tempat yang dia selalu pergi, tapi dia tak da juga.” Keluh lelaki itu sendiri. Barangkali dia penat dengan usaha dia yang nampak sia sia.
 Lelaki itu sepertinya mencari orang yang tak pernah wujud.

“Mungkin dia sudah nekad untuk tinggalkan aku”

Akhirnya lelaki itu menyerah. Lelaki dah memang terasa sia sia usahanya. Hidup lelaki itu diteruskan macam biasa. Lelaki itu masih bermesra dengan gadis gadis lain yang dianggap kawan. Kawan dan tidak mahu pergi lebih dari seorang kawan. Walaupun lelaki itu ramai gadis yang ada untuk dia dilayan dan melayan dia, mustahil bagi lelaki itu untuk lupakan gadis yang tinggalkan dia begitu saja.
Bukan lelaki itu tiada perasaan terhadap gadis itu, lelaki itu cuma keliru dengan perasaan dia sendiri. Lelaki itu takut untuk megecewakan hati gadis itu. Sebab itu lelaki itu lebih suka berteman.

Semakin hari semakin lelaki itu selesa dengan keadaannya. Dia ada ramai gadis yang ramai suka dia. Lelaki itu langsung tidak fikir tentang perasaan kerna apa yang dimahu cuma kawan.

Kini hampir sebulan selepas lelaki ditinggalkan gadis itu. Gadis itu hampir hilang di fikiran lelaki. Kenkadang muncul kembali tapi jika lelaki keseorangan dan kesepian tapi bila lelaki dengan gadis gadis lain, gadis itu seperti tidak wujud bagi lelaki itu lagi.

Malam, lelaki pulang dari makan malam. Satu susuk tubuh membuat dia terkejut. Sangat terkejut. Gadis yang lelaki itu cari dan fikir selama ini sedang duduk di depan rumah dia.
“aku rindu kamu.” Si gadis bersuara sambil tersenyum.

“kamu kemana?” balas lelaki itu langsung dekat dengan si gadis.

“jangan benarkan aku pergi lagi ya?” si gadis bersuara dan matanya tepat memandang mata lelaki itu.

Sejak dari malam itu mereka menjadi rapat dan lebih rapat dari sebelum gadis itu tinggalkan lelaki. Bertemu dengan gadis itu menjadi satu rutin harian yang wajib lelaki buat dan dalam tak sedar perasaan sayang lelaki itu dah berubah. Sekarang perasaan itu cinta.  Setiap masa lelaki akan cuba untuk tunjuk perasaannya. Sedaya upaya lelaki itu cuba namun gadis itu melayan dia sama, tidak memberi sebarang respon. Menolak tidak, menerima pun tidak.

Lelaki itu tidak mampu lagi menahan perasaan, dan lelaki itu takut kehilangan gadis itu lagi. Akhirnya lelaki itu mengambil keputusan untuk memberi tahu gadis apa yang dia rasa, mungkin ini saja jalan untuk gadis itu tahu dan lelaki itu tahu apa yang gadis itu rasa, sama atau beza.

“malam ni jumpa di tempat biasa , ada yang mahu aku beritahu. Penting !” lelaki itu menghantar whatsapp pada si gadis.

“apa yang penting ? mahu ajak aku nikah? Ayuh laa..haha” si gadis membalas.

“aku serius ni, jumpa malam nanti jam 8 yaa?”

“ya kalau sebegitu penting bicara malam ajaa, jumpa nanti.”

Lelaki itu tersenyum , dia yakin bahawa si gadis akan menerima cintanya.

Waktu yang lelaki itu tunggu sudah hampir, lelaki itu melangkah masuk ke cafe yang menjadi kegemaran dia dengan gadis itu. lelaki itu tak berhenti senyum, dia dah tak sabar lagi untuk bertemu dengan gadis itu.

Dress merah jambu paras lutut, rambut yang ikal yang dilepas hingga ke pinggang. Lelaki itu terpegun melihat gadis yang sangat jelita sudah menunggu dia. Akhirnya gadis yang jadi perhatian lelaki itu perasan dia diperhatikan lalu gadis memberi senyum yang paling manis sekali. Bertambah berdebar lelaki itu dibuatnya.

“aduh, mengapa begitu manis kamu malam ini.” Monolog lelaki itu.

Dengan cermat lelaki itu melangkah menuju ke tempat gadis itu. Dia takut dia memalukan dirikan dirinya sendiri, dia takut terjatuh walaupun dah ternyata dia dah terjatuh hati pada gadis itu.

“kamu lewat ke mana saja sayang?” Tanya si gadis manja.
Makin kencang degupan lelaki itu mendengar si gadis memanggilnya sayang.

“aku tidak ke mana, harus bersiap untuk bertemu cintaku.” Balas lelaki itu sambil cuba untuk Nampak tenang.

“jadi aku mahu…”lelaki itu cuba  bersuara

“sebentar sayang, pesan minumannya dulu. Cepat cepat juga mahu ke mana?” gadis mencelah.
Lelaki itu terus mati kata dan cuma ikut kata si gadis.

Lebih kurang lima belas minit mereka berbual tentang hari mereka sambil menunggu minuman. Apabila minuman tiba, lelaki itu dengan pantas memegang tangan si gadis.

“kali ini biarkan aku bicara. Pertama , aku mahu minta maaf dan kesal dengan semua perbuatan aku pada kamu. Aku tahu kamu telah banyak berkorban untuk aku tetapi aku Cuma menyakiti kamu. Benar aku buta dulu kerana tidak sedar betapa pentingnya kamu pada aku. Jadi kali ini aku tidak mahu kehilangan kamu lagi, aku tidak mahu kehilangan cinta hati aku. Kamu seperti nyawaku, ke mana aku pergi pasti kamu sentiasa dalam hati dan fikiranku. Aku cintakan kamu , aku tidak minta….”

Dan gadis itu mencelah lagi.

“sudah ? okay sekarang kita pacaran yaa?” sambil tersenyum dan memandang lelaki itu.

Betapa lega hati lelaki itu bila si gadis menerima cintanya.
Mereka kemudian terus berkelakuan sepasang kekasih yang sangat manis dan romantic.

Lelaki itu sangat bahagia dengan adanya gadis disampingnya. Perwatakan gadis yang manja dan juga tegas itu membuat lelaki itu turut rasa disayangi.  Pertengkaran tidak pernah pun berlaku. Sekali pun tidak. Hubungan mereka seakan sempurna. Tiga bulan yang dilalui bersama, tidak terasa.

Petang itu seperti biasa lelaki itu pulang dari kerja dan menemukan sebuah kotak dan sepucuk surat daripada si gadis. Betapa hancur dan luluh hatinya apabila membaca kandungan surat itu.

kehadapan mantan cintaku yang buta dan takkan terbalas.
Aku menulis surat ini cuma ingin kamu tahu yang aku tidak boleh lagi menjadi kekasihmu.
Kerana esok hari aku akan bernikah.
Selama apa yang telah kita lalui, aku melihat kamu banyak berubah.
Jika dulu kamu seperti buta akan kewujudan aku. Tetapi kini kamu sudah mula belajar menghargai.
Hilangnya aku dulu dalam hidup kamu cuma untuk memberi kamu pelajaran , dan kembalinya aku juga ini memberi kamu pelajaran.
Sudah rasa sakit yang namanya cinta itu bagaimana?
Maaf, yang jelas cinta aku bukan untuk kamu lagi.
Malah mahu beri kamu rasa sayang juga sudah tidak mampu.
Aku hargai usaha kamu selama ini cuba membahagiakan aku, seperti usaha aku dulu yang cuba membahagiakan kamu.
Aku sudah memberitahu bakal suamiku tentang kita dan dia sedikit tidak marah malah memahami.
Aku yakin kamu boleh menemukan yang lagi baik dari aku.
Kerana selama tiga bulan kita bersama, kamu juga bersama gadis lain.
Tidak mengapa aku tidak berkecil hati.
Kerana masa depanku lebih mencintaiku lebih daripada kamu. Dia yang mendukung saat aku jatuh dan memerlukan seseorang.
Malah dia ajak aku bernikah seminggu selepas aku tinggalkan kamu. Katanya kami akan lebih mencintai setelah bernikah, sama sama belajar tentang cinta selepas menjadi suami isteri.
Hebat kan bakal suamiku?
Sebelum aku terlupa bakal suami aku adalah rakan baikmu sendiri.
Dia sudah menyimpan rasa padaku saat pertama kali kamu membawa aku berkenalan dengan dia.
Dia mengagumi cinta aku pada kamu walaupun saat itu kamu tidak sedar tentang aku.
Tapi tidak mengapa, aku kini sudah bahagia.
Aku juga berharap suatu saat kau akan jumpa jodohmu.
Di dalam kotak ini aku sediakan sepasang pakaian untuk kamu pakai esok semasa menghadiri pernikahan aku.
Juga beberapa keping gambar kamu bersama gadis gadis lain semasa kitapacaran”.
Mohon doanya ya.

Salam patah hati,

Mantan cintamu. “
………………………………

Lelaki itu marah. Dia sudah dipermainkan.
Tidak lama lepas itu lelaki tersengeh, lalu mengetawakan dirinya sendiri. Sangat bodoh lelaki itu rasa. Lelaki itu melihat gambar yang ada. Ya, memang nyata itu dia. Dia bersama gadis gadis lain yang dia anggap kawan. Tidak terlintas pula dia untuk ada lebih perasaan kepada gadis gadis itu. Ya, lelaki itu juga tahu gadis gadis yang didalam gambar itu semua sukakan dia. Lelaki itu saja tidak mahu, sebab sejak dari dulu memang lelaki begitu. Kawan saja. Cinta tidak perlu.

Lelaki itu memang rasa tidak berguna untuk bersedih.
Tiba saatnya lelaki itu perlu pergi ke majlis pernikahan si gadis, lelaki itu bersiap dan mengenakan pakaian yang disediakan si gadis.

Dia ke majlis itu dengan penuh dendam dan amarah yang disembunyikan dengan senyum paling manis.

Majlis berjalan dengan begitu meriah , si gadis kini sudah menjadi isteri sahabatnya. Kelihatan pasangan pengantin sangat cocok dan berseri.

Sepanjang majlis itu berbagai bagai hal yang muncul difikiran lelaki itu.

Hingga majlis tamat semua tetamu bersalaman dengan pasangan pengantin.

Dan tiba giliran lelaki itu bersalaman dengan si gadis.

Dengan senyuman yang sangat manis dan manja si gadis merapatkan mukanya di telinga lelaki tu,

Kan aku pernah bilang “aku tidak datang dari kalangan gadis gadis favourite kamu. Aku datang cuma untuk musnahkan hidup tapi kini aku tidak musnahkan hidupku. Semoga bahagia dengan gadis gadis pilihanmu.”

Lelaki itu hanya mampu tersenyum, lidahnya dah terkelu. Lelaki terus berlalu bersama dengan seorang gadis yang ada gambarnya didalam kotak yang diberi gadis itu.

 Lelaki itu berpaling melihat gadis itu, seperti yang dirangcang gadis itu memang memerhatikan dia. Lelaki itu memberi senyuman terakhir, tapi kali ni bukan lagi manis tapi terlalu sinis dan terus berlalu pergi

Friday, 25 July 2014

Terima kasih kawan (1)

Selamat hari lahir.
Nikmati setiap satu yang terbentang.
Yang mana kurang , jangan dirungut.
Yang mana lebih , jangan diriak.
Terusan biar lekuk di pipi tu hadir.
Jadi la
Anak
Kekasih
Manusia
Teman
Dan atas pada itu
Hamba yang baik.

Selamat hari lahir!

_perempuanpelik_

Terima kasih kawan

pada tanggal ini
dilahirkan saorang laki laki
nama yang indah sudah diberi
anak ini merupakan penyeri

semakin meningkat dewasa
semakin jauh dia berkelana
menimba ilmu dan belajar segala
ditinggalkan jauh ibu dan keluarga

dia tak punya masa untuk cinta
barangkali sudah hilang jiwa
atau dirasakan ini sia sia
tak siapa mengerti keputusannya

pada tanggal ini sekali lagi
pada tahun baru ini
aku ucapkan selamat buat kamu laki laki
moga tuhan akan sentiasa memberkati

barangkali persahabatan ini
akan kekal atau mungkin terhenti disini bukan kita tuhan untuk ketahui selagi punya nyawa dalam diri
masih engkau sahabat sejati

walau jauh terpisah dek jarak
masa berputar bumi bergerak
kita masih seperti dahulu seperti anak anak yang akan selalu bergelak

buat kamu laki laki
aku doakan kau akan temui yang selama ini engkau cari dalam terang mahupun sembunyi dalam mimpi mahupun realiti

selamat ulangtahun buat laki laki
yang tak pernah jauh dimata dan tak juga dekat dihati :)

_ellail ain_

Monday, 21 July 2014

Cerita Dia

Setiap kali dia nak mula menulis, dia akan termenung.

“ Apa cerita yang dia akan tulis nanti akan sama dengan cerita cerita yang dah ada?”

“ Apa cerita yang dia tulis nanti akan menarik?”

 Dah lama termenung, akhirnya dia menutup “word” dan buka playlist lagu kegemaran dia. Linkin Park. Mula la menjerit jerit, memekak mekak memecah kesunyian yang dia cipta sendiri.

Tersandar dia dikerusi, seolah olah kepenatan. Sebatang rokok dibakar, disedut dalam dalam asap yang penuh dengan racun yang boleh membunuh dia perlahan lahan. Mungkin itu yang dia mahu.

Dia termenung lagi. Merenung mana pergi dia yang berani. Berani menulis apa dalam kepala, apa yang dia rasa dalam hati. Sebatang rokok yang dihisap seperti tiada bagi kesan, dia pun sampai tak terperasankan rokok itu dah habis dihisap. Dia tenggelam dengan lamunan dia sendiri.

Jam pun sudah pukul 2 pagi. memang biasa waktu begini dia tak tidur lagi, bila ditanya, “awal lagi”. Ringkas. Dia pun baring. Cuba mengejar pusingan kipas yang ada disiling. Selaju pusingan kipas, laju lagi fikiran dia memberi soalan. Akhirnya diterlelap dengan soalan soalan yang dia sendiri masih tak boleh jawab.

Esok hari dia bangun, seperti biasanya dia akan habis masa di bilik dia saja. Dunia luar yang dia kenal cuma ada dalam “alam maya”. Ya, dia tahu semua. Betul atau tidak saja yang tinggal jadi pertanyaannya sendiri.

Seperti manusia manusia yang lain dia ada kawan tapi dia seronok dalam bilik yang jadi markas dia berimaginasi. Jadi masa yang banyak dia akan habiskan didalam bilik saja. Mungkin itu buat dia rasa bahagia. Mungkin juga dia penat nak layan karenah manusia.

Yelah, manusia. Macam macam karenah manusia ada. Kita percaya, belakang kita jadi sasaran dia. Kita buat baik, kepala kita jadi tempat kasut mereka. Kita bagi nangka, dicalitnya kita dengan getah nangka. Dia tahu tak semua manusia macam tu tapi itu lah jenis manusia dia selalu ketemu.

Malam.

Malam ini dia cuba lagi untuk menulis. Membuka laptop kesayangan dia. Kali ini awal awal lagi dia dah mainkan lagu lagu kegemaran dia. Mungkin dia tak nak cepat bosan. Seperti malam malam yang sebelumnya. Cerita yang inggin dia tulis entah kemana, sama seperti fikiran dia yang melalut entah kemana. yang ada cuma hembusan asap dari mulut dia. Dia boleh habiskan sepanjang hari dengan mengadap “word” yang kosong.

Setiap malam perkara yang sama. Cerita dia tiada. Cuma banyak dalam kepala dia. Dan dalam tak sedar, perlahan lahan aku jadi seperti dia. Hanya mampu mengadap word yang kosong dan penuhkan asap dalam dada.


_____
________

Wednesday, 2 July 2014

Pilihan Atau Terpaksa

Ku punya sepasang sayap halimunan.
Bila aku keseorangan, baru ku kembangkan.
Aku mula terbang.
Singgah di atas awan.
Berlari lari, menari nari.
Puas rasa keriangan.
Dan bila aku mula keletihan.
Aku mula terasa bosan.
Kulihat dari tingginya awan.
Beberapa budak berkejaran.
Sebiji bola disepak sepakan.
Dengan ketawa gelak sakan.
Dan ku lihat pula kearah berlainan.
Mereka juga berkejar kejaran.
Tapi kena pula dengan senjata ditangan?
Dan kenapa pula ada yang didalam tangisan?
Dengan penuh rasa hairan,
Terbaring aku di awanan.
Melayang fikiran.
Itu ke cara hidup didunia?
Jika aku turun kesana,
Aku perlu hadap yang mana?
Atau aku perlu hadap kedua duanya?