Friday, 22 August 2014

Rahsia

Aku ada satu rahsia,
Kalau kau nak tahu
Janji jangan bagitahu sesiapa.

Aku ada satu rahsia,
Tentang dia.
Kalau kau nak tahu,
Kau kena janji tak bagitahu sesiapa,
Sebab aku dah janji pada dia yang aku tak akan bagitahu pada sesiapa pasal ini rahsia.

Rahsia kekal Rahsia.
Semua tahu rahsia tapi tak bagitahu sesiapa, katanya.

Kalau ini jadi, aku nak percaya siapa?
Mungkin ada, ia nya juga Rahsia.

Pada Hujan

Air turun.
Sejuk.

Berlari aku kedalamnya.
Asyik, riang, ketawa.

Air mengalir,
Basuh luka.

Air mengalir,
Hanyutkan duka.

Pada hujan,
Terima kasih
Ada kau, tak perlu aku
Sembunyi, bersedih.

Burung Pegar

"Harapkan pagar, pagar makan padi. Nak harapkan kau? Baik harapkan pagar tadi."

"Sepatutnya "pegar" bukan pagar"

Makin lama makin aku terlupa tentang burung pegar.

Tapi aku MELAYU.
Jadi, aku memaafkan diri aku.

Wednesday, 20 August 2014

Pray For Gaza

Ada tetamu dirumah saudaramu,
tetamu itu mahu menumpang teduh.
seikhlas hati saudaramu sudi berkongsi,
Tapi makin hari tetamu tidak lagi mahu kongsi,
tetamu ingin memiliki semua,
segala apa yang ada.

Saudaramu kini disakiti,
Saudaramu kini dizalimi.

engkau tahu akan cerita itu,
apa engkau mahu membisu?
yang dizalimi itu SAUDARAmu.
apa mahu tengok saja, tidak membantu?