Tuesday, 30 September 2014

Teruskan

Pagi dia menangis,
Petang dia menangis
Malam dia terlena
Lelah menangis.

Dia masih tangisi dosa dosa lama.
Dia masih tangisi kekalahan lama.

Jalan kebenaran dia sudah jumpa.
Jalan kemenangan dia sudah jumpa.
Tapi dia masih dipermulaan.
Dia masih dengan tangisan.

Dia seharusnya tidak menangis.
Dia seharusnya berjuang sampai habis.
Lupa kisah lama, jalani hidup semula.

Pesankan ini pada dia.

Selagi nyawa dikandung badan.
Masih sempat cari kebenaran
Masih sempat raih kemenangan
Teruskan berjalan.
Teruskan saja kehidupan.

Sunday, 28 September 2014

Akar menjalar
Tersadung ku tersungkur.
Lagi berdiri.

Duri dipijak
Sakit luka terasa
Aku tak mati

Saturday, 27 September 2014

Kekasih Satu Malam

Pada Dia kau mengadu,
Pada Dia kau tunjuk airmata.

Hanya pada malam kecewa.
Hanya pada malam yang dibanjiri airmata.
Sujud sembah untuk Dia.

Dia bukan kekasih satu malam.
Dia pencipta alam.
Untuk kau,
untuk sesiapa,
Dia sentiasa ada.
Cuma kita, susah nak jujur cintakan Dia.

Friday, 19 September 2014

Sepi #1

Hai sepi, temani aku sebelum sampai mimpi.

Sepi, harap kau masih sudi dengar keluhan keluhan tentang dunia yang kejamnya entah sampai bila.

Tidak sepi, tidak aku letak salah pada dunia. Sudah tentu salahnya pada manusia.

"Manusia itu sifatnya tak sempurna. Dalam sibuk mencari kesempurnaan
Disitu la munculnya kekejaman."
- sepi.

Sepi

Sepi bersuara

"Bila aku muncul apa tidak kau guna masa itu untuk kau fikir

- apa yang kau sepatutnya sudah lakukan.
- apa yang kau sepatutnya tidak lakukan.

Atau kau boleh fikir masa kau sedang lemas dengan kesibukkan dunia? "