Thursday, 16 October 2014

Persimpangan belum kelihatan.
Kita sudah berjauhan, sudah tak sehaluan.
Mungkin itu sekarang, moga jumpa lagi akan datang.
Kalau umur aku panjang.

Wednesday, 15 October 2014


kenkadang diri ini aku benci.
Dan kenkadangya aku terlalu menyayangi.

Mungkin aku punya dua tiga personaliti.
Siapa tahu, siapa yang nak peduli.

Thursday, 9 October 2014

degup nadi makin perlahan.
masih belum mahu mati.
tengok timbang kiri kanan.
risau mana satu paling berat nanti

risau, risau juga.
duduk saja, tiada guna.

Friday, 3 October 2014

20 sen saja.

Aku diam, bukan tak amik peduli.
Langsung tak backup pak menteri.
Konon janji tak naik lagi.
Kali ini 20sen, tahun depan berapa tinggi?

20juta habis pada panda.
Aku tak tahu apa guna pada rakyat jelata.
20sen satu kepala, kasi belanja satu malaysia.
Kita tengok habis berapa juta.

Mulut maki maki, mulut macam longkang.
Busuk busuk longkang alirkan juga air yang datang.
Bukan nak sokong pembangkang.
Cuma nak suluhkan lagi mana yang dah terang.

Janji tinggal janji.
makin lama mungkin janji dah basi.
Mungkin pak menteri dah tak amek peduli.
Orang yang kais pagi makan pagi.

Kais petang, makan petang ada lebih bawak malam.
Aku memberontak dalam diam.
Kalau terasa, bagus. Salam.