Saturday, 25 July 2015

Sedih?
Marah?
Kecewa?

Belum cukup gambarkan perasaan yang ada sekarang ni

25 JULY 2015

Nobody remember about today, atau lebih tepatnya ingat pasal aku. Melainkan awek aku la. But i dont know, semuanya macam tak kena. Aku geram juga dengan diri aku ni. Marah marah saja. Mungkin aku sedih kot tak dapat perhatian dari org lain. Kakakakah. Babinya umur 23 perangai still budak2.

Maaf, cuma nak cakap. Kalau baca post ni. Doakan aku panjang umur dan murah rezeki ye. Coz today is may fucking birthday. TQ

Saturday, 18 July 2015

Hari Raya.

Bermula dengan pagi raya. Bangun pagi, mandi. Pakaj baju melayu siap samping. Baju dah gosok malam tadi, bukan excited. Cuma sekali suh adik gosok dgn baju baju dia. Dah siap, tak makan dulu. Takut baju kotor, kita pergi sembahyang raya dulu. Dah balik baru makan. Lepas tu ziarah kubur arwah abang. Balik dari kubur, terus masuk bilik. Tidur.

Tidur tak lah sampai ke petang, tengah hari dah bangun. Itu pun disebabkan raya pertama ni jatuh hari jumaat. Pergi lagi masjid, sembahyang jumaat. Lepas balik dari masjid. AKu makan lagi, baru Sambung tidur balik. Tidur punya tidur. Asar, maghrib pun terlajak. Bangun2 pukul lapan malam.  Gara gara tidur kunci pintu bilik. Memang tak de sapa boleh kejut.

Macam tu la hari raya pertama aku. Dan hari ni hari raya kedua. Aku kerja. Jadi hari raya dengan hari hari lain bezanya cuma aku bangun pagi pergi sembahyang raya dan ziarah kubur. Meriahkan hari raya aku?

Saturday, 2 May 2015

Selamat Ulang Tahun

Penulis sikapnya "perasan bagus".
Mereka mahu orang percaya apa mereka tulis.
Aku tahu laa sebab aku pun nak orang percaya bila aku tulis ini.

Sunday, 19 April 2015

Selingkuh

Dan "Selamat Tinggal" yang kau ucap itu lagi bermakna dari kata kata sayang dulu.

Terima kasih.

Saturday, 7 March 2015

Dalam sibuk aku mengejar masa depan
Mungkin ada yang aku tolak, tinggalkan.
Mungkin ada aku luka, sakitkan.
Masa itu mungkin ada yang tidak aku perasan.
Mungkin juga ada yang aku perasan dan cuma biarkan.

Dalam kesibukan ini, MAAF ku pinta.

Sunday, 1 February 2015

Power betul pepagi lagi dah harap aku mati. Betul betul benci kat aku.

Jangan risau, aku ni cuma manusia. Satu hari nanti aku akan mati juga. Masa tu impian kau tercapai.

Jangan lupa ziarah kubur aku. Aku nak kau ketawa masa tu.

Sunday, 18 January 2015

Ingin ku jadikan kau inspirasi karya,
Saat wajah kau menjelma diminda,
Aku cuma mampu tersenyum gembira.
aku habis huruf, aku habis kata kata.

Aku khayalkan lagi,
Mungkin aku berjaya hasilkan puisi,
Namun hati mula bernyanyi
Seakan meraih musim bunga kembali.

Akhirnya, ini saja.
Harap fikiran kita sama.
Perasaan juga.

"Sejak bila awak sayang saya?"

"Semalam. Haha".

"Main main lah awak ni, betul betul la."

"Tak betul ke? Saya rasa macam baru semalam semuanya terjadi".

saya cuba :)

Saturday, 17 January 2015

"Moga moga kita jumpa lagi di Syurga. Tunggu aku disana ya. Mungkin aku lama di Neraka" si Pendosa.

Sunday, 11 January 2015

"Aku bahagia melihat kau"

Dan sekarang, letak "pura pura" dimana mana.

Wednesday, 7 January 2015

kenkadang tulis puisi pun tak mampu nak luahkan apa yang ada dalam hati. Cuma mampu keluar satu perkataan je.

FUCK.

Aku dah cakap, aku tak nak orang buat baik dengan aku. Aku tak nak terhutang budi dengan orang.

And now, orang cakap aku mempergunakan dia. Fuck babi celaka rasa ni.