Saturday, 23 January 2016

24/1

Dua puluh empat, Januari.
Terdengar tangisan seorang bayi
Saat ini yang dinanti
Lahirnya seorang puteri

20 tahun sudah berlalu
Kini dewasa bertambah ayu
Pandang lama tidak jemu
Banyak mata sudah terpaku.

Kini berada di utara.
Jauh pula dari keluarga
Biar sampai negara China
Asal penuh ilmu didada
Biar berkorban harta dan masa
Niat yang betul pasti akan berjaya.

20 tahun seperti lama.
Jangan fikir tahu semua.
Masih ada gelap dunia;
Belum ternampak depan mata.
Sentiasalah puteri berwaspada
Ingat lah orang tersayang, semua.

"Selamat hari lahir Nur Syamimie,
Semoga panjang umur, murah rezeki;
Dan sentiasa hidup diberkati."